RSS

Khamis, 27 Ogos 2009

Mylib....

Mylib merupakan satu projek Malaysian National Digital library yang diperkenalkan oleh MSC. Ianya merupakan kaedah penghantaran maklumat dan ilmu pengetahuan yang ekonomi dan berkesan kepada semua golongan masyarakat. Terdapat beberapa pangkalan data didalam Mylib. Salah satunya ialah Netcousin.

Netcousin merupakan pangkalan data yang memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk membuat ulangkaji secara 'online' bagi menghadapi peperiksaan. So, kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR & SPM bolehlah mengulangkaji pelajaran secara online dengan melayari pangkalan data Netcousin. (http://www.netcousin2u.com/)

Bengkel Mengenal & Membina Laman Blog

Hari ni, hari pertama Bengkel Mengenal & Membina Laman Blog telah dijalankan kepada kakitangan.
Bersemangat staf aku hari ni untuk mengajar. Pelbagai karenah dapat dilihat dengan perwatakan kakitangan yang berbagai-bagai dan bermacam-macam (betul ke ayat ni..cam lain je).





Rabu, 26 Ogos 2009

Karenah Puteraku....

Puteraku kini sudah menjangkau 1 tahun 4 bulan...dah besar ye anak mama ni...Mama sayang......Muhammad Hafiz.

Dah pandai berjalan ni, berkawat x berhenti-henti...Penat sungguh melayan...tapi bila x ade rindu sangat....hujung minggu ni, Hafiz akan dihantar ke kampung bersama nenek & tok wan.


Bila dah selesai semua, mama akan ambil Hafiz balik ye...sabar sayang...