RSS

Rabu, 28 Julai 2010

Selamat Hari Lahir....My Young Brother...Berry

Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...Berry
Happy Birthday to you...

Semoga Panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dipertemukan jodoh & dipercepatkan perkahwinan....Bila nak beli kereta ni...dok tunggu nak naik kereta Honda P.Ngah ni...
Pastu...tunggu M.ngah lak...hehehehehe...

Tahniah...Kin Konvokesyen...

Tahniah kpd Adikku Syikin...coz selamat menamatkan pengajian diplomanya....
Ijazah bila lak nak sambung????hehehehe....


Khamis, 10 Jun 2010

Umur Makin Meningkat...

Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun Sayang

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat Ulang Tahun Sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita-cita mu
Harap nanti kita kan bertemu

Selamat Ulang Tahun Sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Khamis, 6 Mei 2010

Birthday Party...Hafiz

Anak ke 2...?

Bengkel ISO 9001 : 2008

Rabu, 21 April 2010

Ex-Officemate...

Isnin, 5 April 2010

Birthday Hafiz...29 hb April...

Salam...
Hujung bulan ni genap Muhammad Hafiz 2 thn...ingat nak wat makan2 skit...nak wat kat kg...
nak suruh mak masak mee kari...lama dah x makan mee mak wat ni...beli kek, buah, coklat, kacang dan apa2 yg patut...nak suruh mak wat laksa kan...sat lg sakit hbs 1 badan...angin...
tahun ni nak bg apa x tau kat Hafiz...kalau bg alat mainan, rasanya x sampai 2 jam...dah rosak habis...
beli kereta...dia pomen...tayar ke mana, body ke mana...
Apa ye yg sesuai utk kanak yg umur 2 thn ni...? kena pikir ni...nak beli apa...

Khamis, 1 April 2010

Peringatan...Maklumat Penting

Mandi wajib itu penting, tetapi bukan perlu dikomplekskan. Antara persoalan yang timbul termasuklah:

1. Niat sebelum atau selepas menjiruskan jirusan air pertama ke kepala;

2. Was-was dengan mandi wajib;

3. Antara wiladah dan nifas;

4. Keperluan mandi wajib apabila masuk sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, atau onani;

5. Ukuran air 2 kolah;

6. Wudhuk sebagai ganti kepada mandi wajib;

7. Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab;

8. Terlupa bahawa sedang mandi wajib;

9. Jarak masa antara penyebab dengan mandi wajib;

10. Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan; dan sebagainya yang kadangkala tidak berkaitan dengan  bab tersebut.

Oleh itu, biarlah saya perincikan satu persatu isu-isu yang timbul ini.

Niat
Isu niat adalah antara yang paling sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang. Faktornya, pendidikan awal di sekolah. Para pendidik agama sering menekankan perkataan “Sahaja aku…” dalam berniat.
Apabila niat itu rukun, maka perkataan tersebut wajib dicetuskan dalam hati sebagai tanda kita berniat. Ini adalah tanggapan yang salah, malah amat sukar untuk diperbetulkan. Baca entri “Antara niat dan lafaz” yang terdapat di dalam buku-buku berkenaan hal ini.
Pendek kata, maksud sebenar niat ialah perbuatan yang dilakukan dalam keadaan sedar. Yang dikatakan tidak niat itu ialah sama ada dia melakukan sesuatu itu dalam keadaan mengigau, atau terlupa, atau nyanyuk, atau berkhayal. Selain daripada itu, semuanya berniat.
Oleh itu, niat mandi wajib itu hadir dengan sendirinya apabila anda ke bilik mandi untuk mandi wajib, seterusnya memulakan mandi itu, sehingga selesai. Maka tidak timbul nak niat masa mana.

Was-was
Ada yang tanya, sah ke mandi wajib dalam keadaan was-was?

Persoalan sebegini juga tidak timbul. Kerana mandi wajib dan was-was adalah 2 perkara berbeza. Mandi wajib adalah perlakuan mandi. Was-was pula adalah penyakit yang datang dari godaan syaitan.
Penyakit ini tidak terlibat sama sekali dalam rukun mandi, syarat sah mandi, mahupun perkara sunat dan makruh ketika mandi.

Antara wiladah dan nifas
Mandi wiladah ialah mandi wajib selepas bersalin. Wujudnya hukum mandi wiladah itu adalah untuk Siti Fatimah, yang diberi keistimewaan oleh Allah s.w.t, tidak keluar darah nifas selepas bersalin.
Ia tidak berkenaan bagi kita orang biasa. Jika ditunaikan juga mandi wiladah, maka mandi itu dikira lagha, kerana masih lagi dalam keadaan kotor.
Benar, terdapat beberapa percanggahan di sini. Dari apa yang dipelajari, sekiranya dalam keadaan kotor, maka segala ibadat yang dilarang semasa kotor jika ditunaikan adalah dikira lagha, iaitu sia-sia (tidak mendapat pahala, malah membazir masa dan air).
Jadi di sini, untuk mengangkat hadas besar, dalam keadaan masih berhadas besar, maka tidak sah mandi tersebut. Sebab itu dikatakan mandi wiladah sahaja itu hanyalah untuk Siti Fatimah isteri Saidina Ali r.a., yang hanya keluar wiladah sahaja.
Bagi kita orang biasa, cukup dilaksanakan sekaligus mandi wiladah dan nifas, sebaik sahaja kering darah nifas. Perkara ini banyak diperbincangkan dan diberi penerangan di peringkat hospital-hospital bersalin.
Bagaimana caranya? Angkat hadas besar dengan niat nifas dan wiladah. Yang lain-lain sama sahaja.

Keperluan mandi wajib apabila memasukkan sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, atau onani
Memasukkan sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, tidak perlu mandi wajib. Onani, sehingga mencapai klimaks, tidak kira jantina, wajib mandi baginya. Perlu diingat, yang haram tetap haram. Onani tetap haram walau apa jua cara dan keadaan. Namun, mandi tetap wajib.

Ukuran air 2 kolah
Ada yang bertanya bagaimana mandi wajib jika tiada kolah, yang ada hanyalah baldi, cukup ker 2 kolah dengan baldi itu?
2 kolah ialah suatu ukuran air, di mana sekiranya mencapai ukuran tersebut, maka air itu tetap mutlak walaupun terpercik sedikit air yang wujud unsur najis ke dalamnya.
Sebaliknya, air mutlak akan menjadi air najis apabila tidak cukup ukuran tersebut. Hukum mandi wajib dengan air najis adalah tidak sah.
Oleh itu, mandi wajib menggunakan air paip secara terus adalah lebih memudahkan. Tidak perlu susah-susah guna baldi.

Wudhuk sebagai ganti kepada mandi wajib
Dalam bab ini, terdapat 2 pendapat. Ada yang berpendapat begini:
Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.
Namun pendapat ini diragui, atas sebab yang sebutkan dalam tajuk kecil “Antara wiladah dan nifas” di atas tadi.

Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab
Dalam nifas, ada wiladah. Sebelum mandi wajib sebab haid, bersama suami dahulu (haram). Ini yang kita panggil dua sebab yang mewajibkan mandi.
Diulang, yang haram tetap haram. Kita bercakap isu tindakan atas sesuatu isu, bukan galakan untuk melakukan yang haram.
Persoalannya, berapa kali wajib mandi untuk 2 sebab? Adakah dalam satu sebab sekali mandi, 2 sebab dua kali mandi?
Tidak perlu, cukup hanya sekali untuk berapa banyak sebab pun.

Terlupa bahawa sedang mandi wajib
Saya hendak mandi wajib tapi terlupa dan saya mandi macam biasa. Sedang mandi, teringat pula tentang mandi wajib. Jadi saya berhenti mandi dan keringkan badan. Kemudian, saya mandi wajib. Sah ke?
Jika berlaku sedemikian, tidak perlulah dikeringkan dahulu badan itu. Teruskan mandi dari atas ke bawah, sejurus teringat semula di mana anda berada.

Jarak masa antara penyebab dengan mandi wajib
Penuntut sekolah aliran agama memberitahu bahawa kita kena tunggu lebih kurang 5 jam baru boleh mandi wajib.
Siapa yang kata begitu sila angkat tangan, berikan nama dan nombor IC. Nak tengok sikit wajah insan yang berkata begitu.
Mana ada. Dari mana belajar ni? Ustaz mana yang ajar? Tidak ada hukum mengatakan kena tunggu 5 jam ker, 2 jam ker, setengah jam ker, lima minit ker, 2 saat ker.
Nak mandi, mandi jer. Tak payah ditunggu-tunggu.

Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan
Ustaz di sekolah ajar, 3 kali jirusan di kepala, 3 kali dia bahagian badan kanan dan 3 kali di bahagian kiri. Sekiranya saya menggunakan shower bagaimanakah caranya untuk berbuat begitu?
Yang ini lagi satu. Pendidik yang tidak mengikuti arus kemodenan zaman. Sudah tahu anak murid semua guna shower, kenapa diajar juga cara guna cetong? Kan pening anak murid tu.
Dah pakai shower, berdiri saja lah di bawah shower itu sehingga benar-benar yakin bahawa air mengalir ke setiap lapisan kulit di setiap anggota badan.
Yang 3 jirusan itu hanya untuk memastikan air diratakan dengan baik. Itu pun khusus untuk yang guna cetong atau cebok sahaja.


Penutup
Diharap entri ini dapat menjawab sedikit sebanyak keraguan yang timbul dalam diri masing-masing.
Segala perbincangan amatlah dialu-alukan. Wallahu a’lam.





Integriti

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa inggeris yang membawa erti dari semua segi yang baik. Dalam bahasa melayu, ianya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut kamus Dwibahasa DBP, ialah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Dari maksud yang didapati dari kamus diatas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keihklasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan boleh pegang cakapnya dan lain-lain.

Dari Wikipedia, Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas...

Rabu, 24 Mac 2010

Saja je...

Khamis, 18 Mac 2010

Postpone Lagi...

Salam...
Nak cita skit ni....
Ni dah masuk 3 kali aku postpone belajaq kat driving school ni...lagi 4 jam nak hbskan jam utk QTi...pastu test JPJ...tu x termasuk lagi cita mula2 aku ambik lesen L pada thn 2008 dulu...asyik dok renew ja...ada aja hal yang menghalang aku nak habiskan belajaq ni...sabaq jelah...bila la nak bawak keta mai office ni...time habis keja ja, asyik dok tunggu driver (husband aku la) dkt sejam gak la nak mai ambik....hehehehehe....nak naik motor lak asyik dok berebut ngan my hubby nak bawak motor...dia pun nak cepat gak...senang katanya nak p sana sini time tengahari....eeeee...tu yg cheq geram ni...tgk la...pas dpt lesen ni...gila stereng la plak...umah dekat ngan office pun wat mcm dok jauh gak...ronda sakan...hahahahaha...

Rabu, 17 Mac 2010

Kenduri...Kelantan


Pagi tadi mak aku telefon, ajak p Kelantan hari Jumaat ni...p kenduri menyambut menantu Che PakCu...kalau aku x p, nak pinjam kereta ja...tp pikir punya pikir...akhirnya jadi ikut jugak...rasanya p Kelantan ni, habis beratus2 ni, almaklumlah yg p ni semua geng2 bershopping...dari tok nenek sampai ke cucu...turun temurun perangai bershopping x hingat dunia...hehehehe...mintak lah aku dapat bertahan nafsu bershopping ni...amin...

Ahad, 7 Mac 2010

Dahulu DAN Sekarang...


APAKAH PERBEZAANNYA?






Isnin, 1 Mac 2010

Anak menakan baru...sepupu Hafiz...

Rabu, 10 Februari 2010

Jawapan utk K.Dilla...

1. First time jumpa with ur hubby bila n kat mana?
Rasa-rasanya first jumpa...time first dating...bila ye...ingat2 lupa la plak...rasanya lagi seminggu nak 31 Ogos 2003 kot...gelabah bewak time tu...hatiku berdebar2(lagu mas idayu)....hehehe....

2. Love at first sight?
Bercintan tu ramai gak tp yang terlekat betul2... my hubby le...walaupun putus ditengah jalan ni sampai 3 x...nak wat camana...jodoh...

3. Who is he when the first time u meet him?
Masa kenai tu dalam telefon je...my hubby kacau i dalam t'pon...dia ckp member i yg bagi. Tp first call tu, i x layan pun..i tgh busy coz time tu jd fasilitator dalam 1 program kat public library selangor...time tu plak tgh angin, pastu tersembur la ayat yg x elok...sabaq jelah...
Malam tu plak ingatkan dah x t'pon mamat tu...tp berkali2...smpai menyampah....Last2 selalu dok call sangat...hari berikutnya pun call...i pun layan la...coz x ade keje time tu...layan la perasaan...pastu menjadi la ayat lalut melalut...hahaha...Power x power ayat my hubby i bagi...sampai i lak berkenan...kalau x call..rasa lain la plak...(bunga2 cintan dah sampai)..hahahahaha....
Seterusnya kitaorang pun wat la plan nak jumpa....kat ne nanti i cite ye...

4. How long it takes for him to ask u out of a date?
x lama sgt kot...rasanya 2 m'gu je...pastu wat first dating...tp i ckp kat my hubby...kenai2 dulu...

5. First place dating?
Hahahaha...first dating nak tau kat mana....jeng2...kat Jaya Jusco, Maluri...kat tempat tunggu bas...pastu baru la msk shopping complex tu...bkn ape..my hubby belanja i makan McD...gemuk la i...(tp time tu slim melecun lg...hehehe...)

6. How he proposed?
x ingat la coz i ngan my hubby ni dah melalui 3 x putus cintan....msk thn 2006, i bertunang...2007, i kawin & 2008 i dpt anak...sampai la hr ni...x ada pertambahan anak lagi...t'gu next time....

7. Special Date with your hubby?
7/06- Annivesarry
7/7- My Hubby Birthday
11/6- I birthday la...

8. Changes that he asked u to do?
Nak tau my hubby i ckp ape...die suruh i diet...kuruih macam mula2 kenai dulu...nak mampus...ingat senang...psl perangai i lak, ok kot...x komplen sgt...tp yg i marah ni...komplen body i...mintak duit nak g slimming jaga badan tu, x nak bagi lak...wat kat MayFisrt ke SlimWorld ke...hahahaha...

9. What is about him that
Sangat penyayang, penyabar dan bertanggungjawab...& sewaktu dengannya...ini terbukti (yg i nampaklah)...setelah beberapa bulan kami tdk tinggal bersama coz i blk ke sini kerana tuntutan kerja. Dia sanggup berhenti kerja di sana dan balik kerja di sini...di sisi i....i love u so much....abang...

10. What is about him that u wish he would like change? u love him so much?
Ni soalan yg baik...i x berapa suka sangat la perangai my hubby yg suka dok diam kalau ada sedikit pertengkaran...i tgh mulut x berhenti cakap..."pokpet...pokpet" ....dia boleh diam je...kalau i bertanya...tu yg lg hangin i...i cuma nak jawapan blk je...atau statement blk...mcm polis soal penjahat....hehehe..kalau i ni polis...dah lama dah kena belasah...hahahaha....tp betul kata ustazah bahiyah, penceramah tu...api + api= lagi terbakar, tp api + air=kurang la skitkan....
 
11. U will lose ur mind n crack ur head when he?
Bila kena jaga anak sorang...tu lak time tengah malam...org suruh hayun buai anak pun x mau...sat ja tu...i nak g buat susu...he.........
 
12. U will smile thru ur eyes for the whole day when he?
Dapat hadiah walaupun x la mahal...dan 1 lg, bila rumah i dok dalam kekemasan...x berselerak coz hubby i pun kadang2 ada angin rajinnya....tolong la mengemas rumah...
 
13. Complete below sentences 'My love towards my hubby is as big as..?
Hidup berkeluarga ni ada pasang surutnya...Harapan, agar kehidupan rumahtangga ni aman bahagia disamping anak2 yg soleh, family yang penyayang, hidup bersederhana dan sejahtera...rezeki mencurah2....

Promosi...Kelas Komputer


    Kepentingan komputer sebagai salah satu teknologi maklumat tidak dapat dinafikan. Hari ini perkembangan teknologi maklumat begitu pesat dan kepesatannya memberi ruang kewujudan pengetahuan baru serta teknologi moden. Usaha kerajaan mewujudkan masyarakat bermaklumat merupakan satu agenda penting dalam membantu pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat. Ia juga sangat relevan, di samping menyediakan peluang-peluang baru dalam pelbagai urusan dan aktivit masyarakat.
   Sejajar dengan hasrat ini, perpustakaan khususnya di Bahagian Multimedia telah berusaha memainkan peranan untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran komputer dengan mengadakan kelas komputer. Oleh itu, sesiapa yang berminat, bolehlah mendaftar di dalam blog ini. (sertakan nama & no. telefon)


P/S: Peserta hanya di sekitar Alor Setar sahaja

Ahad, 7 Februari 2010

Pregnant....

Hari ni aku menerima khabar gembira...Pagi td aku dapat berita yg member baik aku sudah mengandung. Dia dah tunggu selama 2 tahun, 2 bulan untuk mendapatkan anak dan apabila disahkan pregant...gembira x terkata...bersyukur...rezeki anak masih ada...Bukan apa coz member aku ni dia menghadapi masalah skit dengan peranakan...dah pernah buat operation... Harap member aku ni jagalah makan minum...jgn makan makanan yang boleh memudaratkan kandungan...x sabar nak tunggu baby membesar...dan bersalin dengan selamatnya...Nanti baby boleh la kawan dengan Hafiz...Hafiz nak tunggu adik dia pun lambat lg..x tau bila lg nak dapat adik...

Khamis, 4 Februari 2010

Al Kisah....Puting

Semalam Hafiz wat perangai betol...puting dia hilang...time petang tu aku tgk ada lagi kat mulut...mai tgh mlm dia dok kalut cari...marah habis kat mama ngan abah dia. Hafiz ni kalau x mau ja puting tu...mai thok buang ja...bila nak..hmmmm....
Aku pun ngan ngantuk2 ni, bangun la cari....puas cari x jumpa gak...last2 tido camtu ja Hafiz..Boleh lak tido x hisap puting...tp asal jaga ja ..."uting ana?..uting ana?..."
Mama dia pun terpaksa la tipu.."esok mama beli nah...Hafiz tido dulu...esok mama beli lagi besaq..."
Keesokan paginya...ingat dah lupa...bangun ja terus tanya puting...tapi jawapan mama dia bagi sama la...nanti beli len...Tapi x beli pun...ingat x mau bagi dia hisap puting dah..gigi pun dah rosak..takut jonggang lak...x encem la anak mama ni...moga2 dapat la Hafiz lupa puting dia tu...blk ni nak tgk Hafiz nak tanya dak...
Td t'pon babysitter, die cakap ok ja...ok la kut..leh buang tabiat hisap puting ni...My husband dok marah kat i, dok ajaq hisap dari kecik..nak wat camana..bukan mama dia yg ajaq, tok nek dia yg ajaq dulu...mama dia nak kata apa..orang tua...bak kata pepatah...makan garam lebih awai drpd hangpa....aisemen...

Bercuti...Selamat Tahun Baru Cina

Sempena raya cina ni leh la i & family balik kampung...blk pahang jumpa abah & mak mertua. Rindu la plak dok jauh2 ni...kalau dulu dok dekat, hampreh..bunyi nak blk pahang je...pikir byk x....hehehe...dok berjauhan ni kerinduan datang lak....hahaha....
Tapi x sure jadi ke x blk ni coz my husband x confirm lg dapat cuti ke x...kalau x dapat, alamatnya...x blk le...coti2 malaysia kat sini je...I pun dah confirm bos sign cuti pagi td...(3 hari tu)
Kalau x blk Pahang...plan nak g langkawi...ok x tau...ramai org x...
Nak lari dari makan kenduri ni...banyak sangat saudara wat kenduri...sampai x hengat tarikh bila...

Isnin, 4 Januari 2010

2010...

Selamat Tahun Baru....Semoga hari-hari yang mendatang lebih baik dari hari semalam dan sebelumnya.
Marilah kita sama2 berazam dengan membuat sesuatu kebaikan dan menjauhi keburukan.Amin....Insyaallah...

Kerjalah dengan bersungguh2...semoga mendapat keredhaanNya...
Berbahagialah sekeluarga...
Bersyukurlah dengan seadanya...
Berusahalah dengan jayanya...bagi menuju kejayaan...