RSS

Rabu, 10 Februari 2010

Promosi...Kelas Komputer


    Kepentingan komputer sebagai salah satu teknologi maklumat tidak dapat dinafikan. Hari ini perkembangan teknologi maklumat begitu pesat dan kepesatannya memberi ruang kewujudan pengetahuan baru serta teknologi moden. Usaha kerajaan mewujudkan masyarakat bermaklumat merupakan satu agenda penting dalam membantu pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat. Ia juga sangat relevan, di samping menyediakan peluang-peluang baru dalam pelbagai urusan dan aktivit masyarakat.
   Sejajar dengan hasrat ini, perpustakaan khususnya di Bahagian Multimedia telah berusaha memainkan peranan untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran komputer dengan mengadakan kelas komputer. Oleh itu, sesiapa yang berminat, bolehlah mendaftar di dalam blog ini. (sertakan nama & no. telefon)


P/S: Peserta hanya di sekitar Alor Setar sahaja

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen catatan